Saturday, July 19, 2008

Titus Dan Malaysia

Kalau dulu kita selalu dengar berita tentang Titus Palavani James yang sering di kaitkan dengan bolasepak, sekarang kita bakal menyaksikan Titus beraksi dalam kesebelasan pasukan kebangsaan Malaysia dalam perlawanan menentang pasukan liga perdana Inggeris CHELSEA.

Chelsea bukan nama asing di kalangan peminat bola sepak di Malaysia dan peluang untuk menyaksikan pasukan ini memang satu peluang yang din anti-nantikan peminat bola sepak tanah air. Tambahan lagi Malaysia menjadi tuan rumah dan harapan dari peminat memang mengunung d bahu pemain Negara.

Berbalik dengan berita Titus ni, Titus sebenar nya sekarang ni sedang menjalani latihan dan bermain untuk kelab di Perancis. Usaha jurulatih negara untuk menyenaraikan Titus dalam barisan negara sering terbantut kerana jadual ketat Titus bersama pasukan nya d Perancis. Tetapi baru-baru ini semasa jurulatih kebangsaan menghubung Titus,Titus telah bersetuju untuk menyertai pasukan negara kerana mempunyai masa dan bakal menyertai pasukan kebangsaan untuk ujian kecergasan bagi memastikan dia betul-betul cergas untuk menyarung jersi kebangsaan.

Kehadiran pemain ini memang di tunggu-tunggu setelah lama nama Titus hilang dari persada bola sepak tanah air dan harapan untuk melihat kelibat dan hasil latihan Titus di Perancis membuah kan hasil seperti pemain-pemain elit tanah air yang lain.

No comments: